Jumaat, April 15, 2011

Majlis Cukur Jambul Qalisya

Suasana Majlis Cukur Jambul Qalisya pada 25/12/2010... masa ni qalisya dah 4bulan, masa lahir terus nak buat duit xmencukupi.. so lambat sikit ler buatnya, tu pun xbuat kekah sekali.. tapi xpelah kita buat kalau nak buat ikut kemampuan buat ikut kemahuan. Peduli ler apa orang nak kata pun, kita bukan minta duit ngan diorang.. Majlis ni buat kat umah aku sendiri, majlis Cukur Jambul n Naik Umah Baru skali. Kecik jer umah aku ni, kalau nak buat besar alamatnya sampai tua ler tak merasa dok umah sendiri... Biar susah dulu takpe, ikutkan semua orang nak cepat hidup senang tapi hidup ni penuh dugaan.. Kalau kitabah n sabar menghadapi dugaan maka berjayalah kita dalam kehidupan... Allah swt nak uji sejauh mana kesabaran m ketabahan umatnya dalam menempuhi dugaan n ujian yang diberikannya... "KALAU KITA DAH SENANG NAK HADAPI HIDUP SUSAH PAYAH UNTUK KITA MENERIMANYA.. TAPI KALAU KITA DAH MERSA KESUSAHAN DAN AKAN MENEMPUH ALAM KESENANGAN KEGEMBIRAAN N KECERIAAN AKAN MENYELUBUNGI KITA" mudah2an bila dah senang jangan lupa diri pulak...


Alhamdullilah mjlis cukur jambul ni berjalan lancar, penat jgn ckap ler.. TQ kepada semua krew2 yg terlibat, jasa korang tetap kukenang hingga akhir hayat...

MY PUTRI QALISYA AMANI


Ni anak aku yang no.2... dah dapat sepasang, yang sulung lelaki n yg ke2 perempuan, ni masa mula2 lahir.. tembam gila tapi sekarang dah kurus sikit, lasak sangat.. tak berenti asyik bekerja jer, tido jer dok senyap


Pagi kol5 dah bangun, xkira cuti ker time kije ker... kalau ibunya bangun mesti xlama dia pun bangun... lahir pada 14.8.2010... qalisya aku bersalin kat Hospital Sungai Buloh, layanan diorang memang bagus... puas hati ler, bandingkan ngan HTAr masa aku bersalinkan muiz dulu... nak ikutkan xjauh sangat pun, dlm 1/2jam jer..


Masa bersalinkan dia aku demam lak tu, dah ler kena tahan kat wad lama.. tapi disebabkn suasana Spital tu yang best aku jadi selesa ler.. kalau masa muiz dulu cepat2 jer aku nak balik, Sian muiz kena tinggal masa ni.. menangis2, dah ler time pose lak tu.. sebulan aku kena bayar puasa tahun ni...

Bersua kembali

Dah lama tak mencoret2 kat blog aku ni... dah tukar nama sekarang ni, masalah dah lama xcoret sebab xjumpa cari blog sendiri..

Isnin, Disember 14, 2009

Dapat Anak Saudara Baru

Tanggal 23.11.2009 aku dapat anak saudara lagi sorang... dah bertambah anak saudara aku, bermakna bertambah ler duit raya tok dibagi tahun depan...hehehe
Anak abang aku, dia dah kawin 4tahun baru sekarang dikurniakan anak... kan usaha tangga kejayaan.. mesti seronok gila dia, bayangkanlah dah 4tahun menunggu... nama anak saudara aku yang baru ni ialah "MUHAMMAD AMAR SAFWAN BIN MOHD ROSLI"... agaknya nama tu dah lama dia cari kot... gambar dia ada tapi kat dalam hp, xtau nak masukkan kat dalam komputer camner. aku belum tengok lagi muka dia betul2, xsempat lagi nak balik. Ingat raya haji nak balik tapi adik ipar aku buat kenduri cukur jambul lak... xkan aku nak lik gak kot, xpatut lak.


Aku amik cuti hujung bulan 12 ni, malam 25hb insyaallah aku lik phg. G pun mak aku nak buat kenduri cukur jambul dgn akikah amar sekali, aku ingat nak tumpang gak tok muiz tapi tengok budget dulu.... kalau ramai yang kongsi ok ler, tapi kalau aku berdua jer dengan abang aku sengkek ler. bayangkan harga lembu dah RM1500, xmampu aku dibuatnya... kalau setakat RM200 ke RM300 seorang ok ler... paham2 jerlah gaji aku bukannya banyak sangat


Tak sabar rasanya nak balik tengok anak saudara aku tu... tunggu kepulangan ucu tau

Selasa, Disember 08, 2009

Kenangan Kursus Induksi

Dah lama aku tak buka blog aku sendiri... almaklumlah sibuk, banyak kerja yang perlu disiapkan. Hujung2 tahun macam2 yang hendak dibuatnya, takkan kerja kita nak serahkan kat orang lain kot. Kalau diorang silap buat nanti siapa yang susah???? "aku jugak".... tapi takpelah berkorban demi mencapai kejayaan.... nanti boleh dapat gelaran "Anugerah Perkhidmatan Cemerlang" siapa xnak broooooooo..... lepas tu diraikan lak tu, betapa bangganya aku kalau mendapat gelaran tu... kikhkihkih ( gila kuasa ke )... 20/10/2009 hingga 30/10/2009 aku dapat pergi Kursus Induksi untuk kumpulan sokongan II kat Hotel Midah Kuala Lumpur. Aku mula2 xdapat bayangkan camner aku nak tinggal anak aku yang comel dalam masa tu.... dah ler tak pernah berenggang dengan aku, tup2 kena tinggal lak. Bukannya husband aku xleh diharap tapi takut malam2 dia menangis. Muiz kalau dah menangis punyalah payah nak dipujuk... kalau aku tolak pergi kursus tu belum tentu tahun depan akan dapat pergi... setelah berbincang dengan husband aku, aku pun bersetuju untuk pergi. Muiz macam boleh rasa jer yang dia nak kena tinggal, tiap2 malam mengamuk.. ada benda yang xkena, menangis ler... biasalah budak2 boleh tau kalau dia nak kena tinggal, lebih2 lagi dia rapat dengan aku. 20/12/2009 aku gerak dari rumah lepas zohor, senang nanti xdelah kelam kabut nak sembahyang lak sampai sana. Aku singgah umah akak aku kat batu 5 meru amik mak aku dan 2 0rang anak buah aku nak ikut sekali. Kebetulan mak aku datang dari pahang sebelum aku pergi kursus.. aku apa lagi ajaklah mak aku tengok2 bandar KL yang xseberapa tu... Sampai dekat Hotel Midah dalam pukul 2lebih, aku sampai tu adalah gak budak2 yang sama dengan aku kursus sekali.. aku kol kawan aku dari SJKT Batu Caves ingat dia dah sampai rupa2nya belum lagi. Aku g kat reception tanya pasal yang kursus induksi n dia bagi aku kunci bilik, nasiblah aku memang dah ada partner kalau tak mesti aku xtau dengan siapa aku dok dalam satu bilik tu. Aku dapat bilik 1202... aku ingatkan hotelnya best sangat rupa2nya macam apa ntah, hotel budget ler katakan. Dah ler black area, takut gak aku dibuatnya... Dah sampai bilik aku lepak2 n family aku, tak pas2 kawan aku pun sampai. Masa tu anak aku tidur, terlampau penat dari bangun pagi kol7 sampai pergi hantar aku dia tak tido. Dah nak sampai hotel baru dia nak tido... kalau dah ramai2 dalam bilik tu riuh ler, anak aku pun terjaga. Nasib tak nangis, dalam kol 4.30ptg husband aku gerak balik meru. Aku hantar diorang sampai dekat lobby jer, mulanya anak aku xperasan yang aku tak ikut balik. Bila dah sampai PJ baru dia perasan yang IBU dia xde, apa lagi menangislah dia sebut ibu2... lepas dipujuk2 barulah senyap...


Petang dalam kol5 kitorang turun untuk minum petang n kuar g cari kedai runcit... punyalah payah nak dapat kedai runcit cz kawasan tu banyak bangunan ntah pape.. adalah jumpa kedai serbaneka dalam bangunan KWSG tu.. ada gak ler barang2 yang boleh kitorang beli, tu pun kitorang tanya akak yang lalu lalang dekat situ. Dah dapat apa yang kitorang nak beli, aku naik bilik semula cz kol8 nanti ada taklimat sikit dari urusetia... masa mula2 masuk xkenal siapa2 lagi, belum sempat berkenalan lagi. Malam pertama tu ada sikit motivasi untuk kenal2 kawan baru yang datang dari mana2 ntah... diorang suruh kenalkan nama sorang, masa tu masing2 dah gelabah cz kena ingat nama 2kawan dari kanan n 3 dari kiri. Bayangkan nak ingat nama kawan2 baru yang baru berapa minit kenal... mampus.. masa tu aku gelak2 jer kononnya untuk hilangkan gementar didada.. kaki tangan dah seram sejuk. Tapi semuanya berjalan lancar... keesokkannya dah start aku kelas dari pagi sampai malam.. kadang xsempat nak berehat, makan pun terkejar2. Makin hari makin ramai dapat kawan baru, bila dah dapat nama dalam kumpulan ler makin ramai kawan2 baru yang aku kenal. Dalam kumpulan aku boleh dikatakan semua dari sekolah kat pahang... aku n nizam jer dari sekolah kat selangor, kitorang bagi nama kumpulan kitorang "TERUMBU KARANG".... semua sekali ada 9kumpulan kalau xsilap aku... aku ingatkan dapat ler satu kumpulan dengan izan n zila, tapi aku dah tersalah tengok nama. Memang nama kau dah ada dalam kumpulan diorang tapi camnerlah aku boleh tak dapat cari masa tu... kalau tak mesti gamat punya kumpulan tu dengan ada kawan yang kuat gelaknya...hehehehehe


Setiap kumpulan dapat 2 tajuk untuk diselesaikan... satu tajuk ayat mesti dalam 3000pth perkataan... bayangkan... masa tu kepala aku dah blank, nak buat pengucapan awam lagi. Berucap depan kawan2 yang baru kenal xsampai sebulan, masa tu memang tertekan sangat.. kepala berat jer, aku plak dapat tajuk "Kelebihan n kekurangan perubatan tradisional" dari mana kitorang nak dapatkan bahan2 tu?? Dah ler xtau area situ mana yang ada CC, kitorang tawakal jer... jumpa hamba allah tu kitorang tanya dia mana ada CC, walaupun dia bagi tau tapi kitorang macam bler jer cz nak bayangkan tmpt yg dicakapkan tu. Berkat usaha n kesabaran kitorang akhirnya jumpa gak tempat tu... Mulalah seisi cari bahan masing2 untuk pengucapan awam, dah dapat bahan nak kena print lak... xkan nak salin satu2 dalam buku kot, bengkok cari. Tapi xpelah biar berhabis duit asalkan dapat bahan... Tapi betul ler abang zaki cakap kalau dah lepas PA tu mestilah dah lega, boleh nak gelakkan orang. Bila dah tiba time aku, lagilah berdebar semacam. Bila dah sampai giliran aku, dengan confidentnya aku keluar dari tempat duduk aku. Sampai depan lagilah berdebar2, aku xpandang pun diorang aku baca jer apa yang kat dalam kertas tu. Tapi masa aku sebut nama penceramah tu aku dah tersilap, ada ke patut lelaki aku bintikannya... semua dah gelak, aku pun tumpang sekali ler. Bila dah habis jer PA tu terus ringan kepala otak aku, dah xde bebanan dalam kepala cuma pikirkan pasal kerja berkumpulan tu jer. Kerja tu kena hantar hari khamis sebelum kitorang menduduki peperiksaan akhir... khamis malam jumaat kitorang adakan sembahyang jemaah n bacaan yassin, pas isyak mulalah malam kebudayaan disamping malam penutupan kursus induksi. Kumpulan aku bergabung dengan kumpulan laila untuk buat persembahan, kitorang nyanyikan 2buah lagu. Pertama lagu "WARISAN-SUDIRMAN" n ke2 "GEMURUH-FAIZAL TAHIR", janji buat persembahan masa tu tak kiralah suara sedap ke x.


Hari jumaat lepas habis jer jawab soalan periksa... mulalah saat genting iaitu saat perpisahan antara sahabat, walaupun baru 2minggu kitorang berkenalan tapi macam dah lama. Terasa sedih dalam hati untuk berpisah dengan diorang semua, mulanya aku tahan gak biar air mata xjatuh dlm erti kata lain xmenangis... tapi akhirnya aku kalah cz aku ni seorang yang mudah tersentuh... kenangan semasa pergi induksi tu takkan aku lupakan, sekarang pun kitorang masih berhubung lagi. Semoga semua kawan2 aku masa induksi hari tu lulus dengan jayanya peperiksaan biar semua cepat sah dalam jawatan... insyaallahhhhhhhhhhhhh....

Isnin, Oktober 19, 2009

Sekali Imbas

Hari Jumaat lepas semua ahli KEPTAN daerah Klang dapat jemputan jamuan hari raya di Dewan Putera High School Klang... Pukul 2.45ptg baru mula, lepas sembahyang jumaat husband aku pun jemput aku kat sekolah. Sampai jer kat High School aku tengok orang dah ramai, aku pun dah gelabah coz masa tu aku datang sorang jer kawan xde. Tapi aku dah janji dengan sepupu aku, mulanya aku ingat dia tak datang lagi. Aku pun kol dia, rupanya dia dah ada dekat dalam dewan tu. Aku dengan muka selambanya masuk, nasib pintu aku masuk tu yang sambut Kak putri ( PT tempat aku dulu ). Mata aku pun melilau mencari mana ler sepupu aku tu, ternampak ler orang lambai2 tangan dekat aku. Kalau x gerenti payah aku nak cari dalam ramai2 orang kat dalam dewan tu. Ingatkan masuk dewan boleh terus dapat makan, rupanya kena tunggu orang2 yang tersenarai untuk berikan ucapan. Mujurlah diorang xbagi ucapan panjang berjela, kalau tidak mesti perut nyanyi berkali2. Habis jer berucap mulalah seisi makan2... dia punya juadah xmenarik perhatian aku untuk makan banyak, aku cuma ambil nasi impit, kuah kacang n acar mentah. Nasi impit dia pun rasa lain macam, mungkin beras wangi semua kot. Makan ala kadar jer pastu terus balik, ingatkan dapat ler lik awal. Sekali tengok jam dah kol 4.30ptg rupanya, tapi sampai umah sebelum kol5 ler. Bukan apa hari tu mertua aku yang jaga anak aku, akak aku lik Pahang cz abang ipar aku cuti lama. Tak best ler kalau lik lambat... paham2 udah ler

Kebetulan balik sampai jer dekat rumah mertua n anak aku ada dekat depan, diorang balik nak ambik senduk cz umah wak aku buat kenduri menantu dia nak pergi haji 20hb ni. Aku antau barang masuk dalam bilik n aku terus pergi rumah wak aku, saje jer tunjukkan muka bukan buat kerja apa pun. Macam mana nak buat kerja, muiz suruh ikut dia main2. Duduk2 sekejap aku pun balik rumah, malamnya pukul8 aku datang balik. Tunggu orang dah habis kenduri aku terus balik rumah, nak makan macam tak berselera cz perut masih kenyang lagi. Balik rumah apa lagi aku terus tengok cerita NUR KASIH... mulanya aku xtengok gak cerita tu, tapi bila time puasa aku start tengok macam best lak. Tapi kadang2 mis gak...


Hari sabtu 17hb kenduri rumah wak aku lak ( abang mak mertua aku yg sulung ) buat kenduri cukur jambul, sekali 3org tu. Setahun 3orang dapat cucu.. seronok tu tambah ahli keluarga, aku pergi rumah wak aku pun dah kol9 pagi. Siapkan mana yg patut dulu dekat rumah baru leh pergi, takkan nak biar rumah tunggang langgang kot. Balik dah penat nnti lagi ler xjadi buat kerja, aku tolong sekejap jer cz kerja banyak yg dah disiapkan. Potong lembu seekor tu ( utk buat akikah ).... dalam kol11 lebih diorang suruh husband aku antau sepupu aku g buat report kat Balai Polis Klang, alang kepalang aku tumpang ler sekaki. Sampai jer Balai kitorang pun buat report pasal kes sepupu aku RIVES langgar kereta belakang, orang yg kena langgar tu xnak settle dekat luar. Payah sangat g ler buat report, senang cerita. Bayangkan orang tu mintak RM600 untuk beli bumper baru, banyak tu..... rugi2 kalau bagi dekat dia RM600, buat report baru kena berapa. Separuh daripada harga tu.. buat reportnya sekejap jer, tunggu inspt. polisnya yg lama sangat, kuar pergi makan berjam2... aku lak terlupa nak bawak pampers anak aku dan masa tu jugaklah anak aku buat pekasam.... nak xnak kenalah tunggu sampai settle baru leh nak cuci, aku mulanya nak bawak tapi leh aku letak balik beg yg ada peralatan anak aku tu.


Balik sampai rumah dah pukul 2.30ptg.. perut yg mulanya lapar dah jadi kenyang cz dah terlebih waktu makannya, balik makan pun kelam kabut cz husband aku dah ajak balik. Nak g rumah kawan aku buat open house, pergi rumah kawan aku yg duduk dekat Jln Nenas jer. Nak pergi ke Klang paham2 jerlah kalau dah petang, jemnya berjam2.. jalan lak dah on way semuanya, elok leh sampai berapa minit jadi 2-3jam. Mau angin 1 badan husband aku... aku ikutkan ajer ler, balik dari rumah kawan aku terus g rumah nenek gusband aku dekat rantau panjang klang ada buat makan2 adik beradik sikit... sampai sana ngam2 maghrib n terus sembahyang berjemaah, baca yassin.... kirim arwah sekali, lepas sembahyang baru ler kitorang makan. Antara menunya ialah :

1) Bakso
2) Nasi dagang
3) Nasi Impit
4) Satay
5) Popia
6) Makanan berasaskan Seafood ( bakar )
7) Lemang

Itu baru senarai sikit, kalau nak gtau semua takut tak muat lak pagenya...hehehe... Selamat membaca

Khamis, Oktober 15, 2009

Kenangan Semasa Raya

Dah lama aku tak masuk blog aku sendiri.... Biasalah sibuk, banyak kerja yang perlu aku urus dan selesaikan sendiri tanpa bantuan daripada sesiapa. Almaklumlah dekat tempat kerja aku pejabat hanya 2 orang jer, mulanya ada 3 orang tapi yang seorang lagi dah dapat naik pangkat n minta tukar sekolah. Akulah yang tanggung kerja dia semua, tapi dia ada gak tolong aku... dah ler aku xpernah buat benda tu


Berbalik kepada cerita asal.. Dah 3tahun berturut-turut aku beraya dekat rumah mertua aku dulu di Lot 5485 Jalan Dato Johar Kampung Bukit Kapar Klang, bukan apa kalau aku balik beraya dekat rumah mak aku dulu di Pahang. Belum puas jumpa adik beradik dah kena balik, bila kena balik secara terpaksa tulah yang muka jadi macam muka cuka. Masam jer.. semua xbetul n nak marah2 jer. Nasib mak aku paham keadaan aku, mak aku pun bagi idea yang sama gak. Beraya kat meru memang meriah... raya dah seminggu pun masih ramai lagi yang datang beraya macam raya pertama lak, cuma larat n xlarat jer nak beraya. Masa tahun pertama aku beraya dekat rumah mertua terkejut gak, kuar pagi sampai maghrib baru sampai rumah. Itu pun kadang2 ada gak rumah yang tertinggal xsempat nak pergi...


Kitorang biasalah pagi raya pertama tu, bila orang semua pergi sembahyang raya aku ngan adik ipar yang tinggal kat rumah bersiaplah untuk beraya. Tak kelam kabut sangat coz kuih raya kitorang dah siap2kan pada malam raya lagi, pagi raya leh ler rehat sikit. Kalau x gerenti kelam kabut punya... Bila semuanya dah siap n diorang yang pergi sembahyang raya pun dah balik... mulalah sesi bermaafan, masa tu adalah yang menangis tapi takdelah teruk sangat sampai nak meraung2. Mula2 mak mertua aku salam ngan bapak mertua aku n diikuti laki aku nak adik2nya... Pas diorang baru bagi peluang pada kakak n abang ipar diorang bersalaman, habis sesi bermaafan kitorang tangkap gambar kenangan sekeluarga. Memang tiap2 tahun macam tu, lagi pun adik beradik suami aku yang dah kawin baru 2 orang ( suami aku n adik bawah dia ) yang lain masih belajar lagi. Dah habis sesi bergambar dari dalam rumah sampai luar rumah kitorang pun bergerak beraya ke rumah saudara-mara, adik beradik suami aku bagus. Walaupun dah berkahwin tapi kalau beraya masih ikut orang tua diorang pergi rumah saudara mara, barulah leh kenal saudara.


Tahun ni anak aku dah besar, kalau tahun lepas masih didukung lagi n xpandai pape. Tapi tahun ni dah pandai mintak duit... buat malu aku jer ( makcik2 diorang ler yg ajar ). Kalau tahun lepas2 pagi raya ke2 aku dah lik Pahang, tapi tahun ni malam baru kitorang balik. Dapatlah kitorang ikut diorang pergi beraya rumah saudara mara yang belum pernah aku pergi... Cuaca pada tahun ni mendung jer, alhamdulillah xdelah panas sangat. Raya pertama kitorang pergi rumah adik beradik mak aku n lepas zohor pergi bali kampung kat Rantau Panjang ( Selangor jer )... Nasib ada gak kampung daripada yang langsung takde kampung tu, kitorang dah takde Atuk cuma yang tinggal nenek tiri jer. Mujurlah nenek tiri kitorang baik sangat, dia xbezakan sesiapa pun. Kalau dia xbaik dah tentu kitorang pun xnak balik rumah dia, balik kampung pun xbuat pape cuma melepak jer. Pergi beraya rumah Wak moin kat sebelah rumah, balik rumah nenek jer duduk borak2 ngan wak2 aku.


Anak aku lak jumpa basikal kecik, dia pun mulalah nak naik. Kalau tau kayuh xpe gak, ini tidak dia suruh aku tolak. Malaslah aku... aku suruh sepupu2 aku yang layan dia, sepupu2 aku bukannya dah besar. Semuanya masih bersekolah lagi, kalau dah masuk "U" xpe gak. Ni baru sekolah menengah n rendah. Masih kebudak2kan lagi.. Kalau dah duduk2 jer mata mulalah mengantok, habis nak buat macam mana. Tidur ajelah xkan nak ditahan2 lak, bila dah bangun tido lapar lak. Nasib masing2 ada bawak makanan dari rumah, dapatlah merasa serba sedikit juadah yang diorang masak. Rayakan makannya berulang2, bukan sekali makan boleh terus kenyang sampai malam. Lepas asar pun kitorang gerak balik kerumah.. masa masih awal n kitorang singgah rumah wak Min kat jalan paip. Alang kepalang satu jalan, kitorang duduk xlama sebelum maghrib dah sampai rumah. Masing2 mandi dan bersiap sedia untuk menyambut tetamu yang datang berkunjung rumah kitorang. Bukan sape pun saudara mara jer, kitorang malam memang xpergi beraya kemana2. Duduk rumah jer lagi pun malam waktunyakan singkat, mata pulak cepat mengantuk. kalau siang masa panjang sikit, dapatlah beraya ramai rumah. Siapa yang ada anak kecil tu kalau beraya malam pun mesti anaknya meragam mengantuk nak tidur... aku malam raya pertama tu duduk kat dapur jer masakkan diorang mee goreng. Sampai xtau sape yang datang beraya dekat atas, aku menantu yang sulung paham2 jerlah.


Pagi raya ke2 tu kitorang gerak dari rumah dalam kol 9.30pagi selepas sarapan, takkanlah nak beraya rumah orang xmakan dulu dari rumah. Kalau lapar takkan nak mintak kat diroang masakan lak kot, paling tidak pun makan kuih raya. Kenyang sekejap jer sekadar alas perut, tengah kitorang beraya dekat rumah wak kitorang. Masa tu dah nak turun balik, hujan selebat2nya aku mulalah kelam kabut teringatkan kain baju yang aku basuh banyak kat rumah tadi. Aku pun suruh suami aku balik angkat kain, biasalah kalau orang lelaki angkat kain macam mana. Ada yang terjatuh ler, aku malas nak bising2 kang lain kali dia xmau nak tolong lagi. Rupanya hujan sekali lalu jer, bila hujan dah berhenti terus jer panas. Tapi ok gak kain dah angkat daripada dibiarkan kena hujan, mesti baunya dah xsedap bila dah kering.


Dari sebuah rumah ke sebuah rumah... bila agak2 dah penat kitorang pun balik rumah, aku sampai jer rumah aku sidai balik kain yang diangkat tadi. Aku mandi2 n sembahyang, xlama tu ada orang datang beraya. Aku mulanya nak tido coz mata dah xlarat sangat... tapi xkan ler orang datang beraya aku nak tido terkangkang lak. Buatlah pape yang patut, aku masuk bilik kemas baju untuk dibawa balik Pahang. Tepat kol 8 aku dah gerak dari rumah mertua untuk amik anak buah aku 2orang kat meru n terus gerak lik Pahang, bayangkanlah bila perut dah lapar xmakan. Kononnya nak berenti makan alih2 kedai makan xbuka.. apa nak dikata perut punyalah lapar. Sampai jer rumah kitorang terus jer makan apa yang ada.... hehehe nasib ada leh ler buat alas perut sampai pagi, mata pun dah mengantuk dan zzzzzzzzzzzzzzzzzz.... sampai pagi

Khamis, September 10, 2009

Suka -suka

Tinggal minggu depan jer kita berpuasakan, sekejap jer. Rasanya baru jer masuk bulan ramadhan, pejam celik pejam celik dah nak berakhir ramadhan. Masing-masing dah mula buat persiapan nak sambut syawal yang bakal menjelma tak lama lagi..... aku sambut ala kadar jer, lagi pun budget tak cukup. Tahun ni tak dapat bonus tapi dapat saguhati atau paling senang nak cakap duit raya, tapi tak banyak cuma rm500 jer. Pape pun terima kasih kepada Kerajaan kerana menghargai warga kumpulan sokongan, boleh ler buat cover mana yang tak cukup tu.


Tahun ni aku tak buat kuih raya pun, ingat memang nak buat tapi dengan keadaan anak aku yang tak tau duduk senyap. Nak buat pun pikir 100kali, kang jadi tak seberapa penat jer. Aku beli jer sikit-sikit tok mertua aku n mak aku kat pahang... Insyallh.....
Lagi pun aku tak duduk umah sendiri lagi masih duduk dengan mertua, insyallah tahun depan aku beraya dekat umah sendiri kot. Lepas raya ni baru nak pikir pasal buat rumah, buat kecik-kecik jer janji leh duduk kitorang sekeluarga. Takkan aku nak duduk dengan mertua sampai beranak pinak kot, kalau masih sorang lagi tu kira ok gak. Kalau dah bertambah nanti payah jugak kalau masih duduk dengan mertua ( sendiri mau ingat ler ),.


Sabtu atau ahad ni aku sekeluarga dan mak mertua aku nak amik adik ipar aku yang baru bersalin hari tu kat umah mak mertua dia kat kuantan, mak mertua kau suruh lik awal sikit. kalau nak tunggu raya sekejap jer lak jumpanya nanti, lagi pun 3hb oktober dia ada interview masa dia dapat dalam pantang hari tu. Tulah dikatakan rezeki anak-anak, hehehe.........................
Aku dulu pun dah bersalin anak aku yang pertama baru dapat kijer yang aku jawat sekarang ni, alhamdulillah..... kan setiap anak-anak dah ditentukan rezekinya, setiap manusia yang lahir didunia ni semua dah ditentukan apa yang terjadi ke atasnya. Tetapi ada jugak yang tak pernah bersyukur rahmat yang allah swt telah kurniakan..

Selasa, September 08, 2009

Sekadar Coretan

Tinggal dua minggu lagi untuk umat islam menyambut Aidilfitri dan berakhirlah bulan Ramadhan yang akan tinggal... bersyukur kehadrat ilahi kerana masih diberikan peluang dan dipanjangkan umur kita semua dalam menjalani ibadah puasa tahun ini, jangan dilupakan pada yang telah pergi menemui ilahi.. sedekahkan al-fatihah kepada mereka semua semoga dirahmati serta ditempatkan didalam golongan orang2 yang beriman...


Belum musim perayaan sudah ramai yang terkorban dalam kemalangan jalan raya, mungkin sudah tertulis dan ditetapkan oleh allah swt semua yang terjadi. Ada jugak yang terkorban dengan memain mercun, walaupun kerajaan telah melarang memain mercun tetapi tidak dihiraukan oleh semua orang. Bila dah terkena nak salahkan siapa?? Anak-anak zaman sekarang memang payah untuk ditegur dek kerana perubahan zaman yang semakin canggih. Bila ditegur dikatakan ibu bapanya mengongkong pulak, bila xditegur nanti macam nilah jadinya. Salah satu faktor terjadinya masalah ini adalah salah memilih kawan, ibu bapa yang siang malam bekerja sampai xtahu apa yang anak-anak mereka buat dirumah.


Bayangkan murid-murid sekolah rendah pun sudah berani untuk bermain mercun, kalau setakat bunga api tu xpelah. Tapi ada jugak bunga api yang merbahaya, mungkin stok lama dan dijual semula. Bila dibakar meletop macam mercun, kalau meletop pun bukan terus berhenti... engatkan takut rupa2nya lagi suka...... mmmmmmmmmmmmmmmmm


Saat inilah masing2 sibuk menyediakan persiapan untuk menyambut aidilfitri, tetapi kenapa bila menyambut ramadhan kita tidak buat persiapan yang meriah??? Shoping kompleks penuh sesak dengan jutaan manusia memilih pakaian untuk aidilfitri, termasuklah aku. Nak berbelanja boleh tapi jangan melebihi kemampuan kita, jangan lepas raya termenung jer ( duit dah habis ). Berbelanja biarlah sederhana, memang raya tu sebulan tapi xkan nak beli baju raya untuk sebulan kot. Pakai jer baju raya tahun yang lepas2, bukan orang perasan pun. Aku tahun ni pun baju raya 2pasang jer, baju tahun lepas masih nampak baru lagi. Bolehlah dibuat ganti2, daripada tak dipakai langsung. Orang dah besar xpe baju raya sikit, kalau budak2 payah ckit ler. Paham2 jerlah budak2 kalau makan pape semua nak dilap kat baju, satu hari berapa helai salin. Kalau aku biar baju anak2 lebih xpe, aku jenis xkisah ckit. Sepasang pun jadi gak, raya pertama jer yang meriahnya.


Kat tempat suami aku kat meru kalau beraya keluar beraya pagi maghrib baru sampai umah, almaklum ler umah saudara mara dia ramai. Tapi seronok, pagi raya lepas bermaaf2an kitorang gerak ler pergi beraya umah abang mak mertua kau yang sulung. Mujurlah rumah masing2 tak jauh sangat, yang membuatkan lama tu bila dah berborak. Bila lama dah xjumpa, sekali jumpa banyaklah cerita yang dibuka..... aku cuma menjadi pendengar setia jer, masing2 speaking ( cakap jawa ). Bukan aku xpaham tapi xpandai nak balas balik, kang kalau aku cakap semua orang pengsan kot. Sikit2 boleh ler.... hehehe, nama jer mak bapak orang jawa tapi aku xteror sangat pun.