Selasa, Ogos 25, 2009

Kerenah Orang Bangun Sahur

Tiap-tiap pagi aku bangun seawal 4.00 pagi, masa mula2 nak bersahur jer aku bangun kol 3.30 pagi... tu pun disebabkan anak aku nak susu, bila dah bangun mulalh payah nak tido balik... Bolehnye anak aku ekot sekali kalau aku bangun sahur, cmner dia leh terasa aku xde kt sebelah dia... tok xbagi dia nangis aku pun bawak ler dia skali

Kalau dah bangun tahu senyap xpe gak........... ni tidak, mulalh mengarah itu ini. aku pun angin ler, nk dimarah budak kecil lagi mana tau pape. Bukan pe dia nak aku mengadap dia jer, hbs nak masak tok bersahur cmner.. nasib ade mak mertua yang membantu n bangun sama2

Hanya 1 pagi jer anak aku xbangun, pagi tadi pun bangun gak. mulanya dia nak susu, aku buatkan. dia tido balik, aku mulakan ler misi tok masak.. tup2 aku dengar suara dak kecik nangis, mula2 seram gak.tp bila kau amati betul2 rupanye suara anak aku, aku terus berlari ke bilik amik anak aku. masa tu dah tersedu2 dia menangis, kesian dia tido cukup...

Yang suami aku ni pun satu, kalau nak kejutkan dia punyalah payah.. kalau xdigoyang2kn badannye xbangun, pagi tadi aku panggil jer malas nak turun naik g ke bilik. aku engtkan dia xbangun lagi cz aku panggil dia senyap jer, aku pun berlari ler keatas cz masa tu dah kol 5.00 pagi. elok aku sampai kt depan pintu bilik dia pun kuar ngan bawak tuala dia ngan selambernyer, sabar jerlah.........

Dah siap makan aku pun bawak anak aku masuk bilik tidokan dia balik, tapi punyalah payah nak tidokan dia semula. nak xnak aku tido sekali, laki aku lik dari surau aku xbangun lagi. tapi aku bukan tido mampus, cuma tido2 ayam jer..

Aku bangun gosok baju laki aku n aku, pastu g mndi... masuk bilik anak aku masih tido lagi..
bila dikejutkan bolehnye dia cakap " tak nak bangun ", gerammmmm
kol 7.40 pagi tadi aku baru gerak g umag akak aku anto dia. aku kalo tiap2 pagi msti aku mandikan dia, xkan nak anto anak kt umah orang jaga ngan air liur basi n muka serabai jer kot. walaupun yang jaga anak aku tu kakak aku sendiri.

Nasib baik sampai tempat kijer ngam2 kol 8.00 pagi.... pekerja berhemah ler katakan hehehe
semoga terhibur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan