Khamis, September 10, 2009

Suka -suka

Tinggal minggu depan jer kita berpuasakan, sekejap jer. Rasanya baru jer masuk bulan ramadhan, pejam celik pejam celik dah nak berakhir ramadhan. Masing-masing dah mula buat persiapan nak sambut syawal yang bakal menjelma tak lama lagi..... aku sambut ala kadar jer, lagi pun budget tak cukup. Tahun ni tak dapat bonus tapi dapat saguhati atau paling senang nak cakap duit raya, tapi tak banyak cuma rm500 jer. Pape pun terima kasih kepada Kerajaan kerana menghargai warga kumpulan sokongan, boleh ler buat cover mana yang tak cukup tu.


Tahun ni aku tak buat kuih raya pun, ingat memang nak buat tapi dengan keadaan anak aku yang tak tau duduk senyap. Nak buat pun pikir 100kali, kang jadi tak seberapa penat jer. Aku beli jer sikit-sikit tok mertua aku n mak aku kat pahang... Insyallh.....
Lagi pun aku tak duduk umah sendiri lagi masih duduk dengan mertua, insyallah tahun depan aku beraya dekat umah sendiri kot. Lepas raya ni baru nak pikir pasal buat rumah, buat kecik-kecik jer janji leh duduk kitorang sekeluarga. Takkan aku nak duduk dengan mertua sampai beranak pinak kot, kalau masih sorang lagi tu kira ok gak. Kalau dah bertambah nanti payah jugak kalau masih duduk dengan mertua ( sendiri mau ingat ler ),.


Sabtu atau ahad ni aku sekeluarga dan mak mertua aku nak amik adik ipar aku yang baru bersalin hari tu kat umah mak mertua dia kat kuantan, mak mertua kau suruh lik awal sikit. kalau nak tunggu raya sekejap jer lak jumpanya nanti, lagi pun 3hb oktober dia ada interview masa dia dapat dalam pantang hari tu. Tulah dikatakan rezeki anak-anak, hehehe.........................
Aku dulu pun dah bersalin anak aku yang pertama baru dapat kijer yang aku jawat sekarang ni, alhamdulillah..... kan setiap anak-anak dah ditentukan rezekinya, setiap manusia yang lahir didunia ni semua dah ditentukan apa yang terjadi ke atasnya. Tetapi ada jugak yang tak pernah bersyukur rahmat yang allah swt telah kurniakan..

Selasa, September 08, 2009

Sekadar Coretan

Tinggal dua minggu lagi untuk umat islam menyambut Aidilfitri dan berakhirlah bulan Ramadhan yang akan tinggal... bersyukur kehadrat ilahi kerana masih diberikan peluang dan dipanjangkan umur kita semua dalam menjalani ibadah puasa tahun ini, jangan dilupakan pada yang telah pergi menemui ilahi.. sedekahkan al-fatihah kepada mereka semua semoga dirahmati serta ditempatkan didalam golongan orang2 yang beriman...


Belum musim perayaan sudah ramai yang terkorban dalam kemalangan jalan raya, mungkin sudah tertulis dan ditetapkan oleh allah swt semua yang terjadi. Ada jugak yang terkorban dengan memain mercun, walaupun kerajaan telah melarang memain mercun tetapi tidak dihiraukan oleh semua orang. Bila dah terkena nak salahkan siapa?? Anak-anak zaman sekarang memang payah untuk ditegur dek kerana perubahan zaman yang semakin canggih. Bila ditegur dikatakan ibu bapanya mengongkong pulak, bila xditegur nanti macam nilah jadinya. Salah satu faktor terjadinya masalah ini adalah salah memilih kawan, ibu bapa yang siang malam bekerja sampai xtahu apa yang anak-anak mereka buat dirumah.


Bayangkan murid-murid sekolah rendah pun sudah berani untuk bermain mercun, kalau setakat bunga api tu xpelah. Tapi ada jugak bunga api yang merbahaya, mungkin stok lama dan dijual semula. Bila dibakar meletop macam mercun, kalau meletop pun bukan terus berhenti... engatkan takut rupa2nya lagi suka...... mmmmmmmmmmmmmmmmm


Saat inilah masing2 sibuk menyediakan persiapan untuk menyambut aidilfitri, tetapi kenapa bila menyambut ramadhan kita tidak buat persiapan yang meriah??? Shoping kompleks penuh sesak dengan jutaan manusia memilih pakaian untuk aidilfitri, termasuklah aku. Nak berbelanja boleh tapi jangan melebihi kemampuan kita, jangan lepas raya termenung jer ( duit dah habis ). Berbelanja biarlah sederhana, memang raya tu sebulan tapi xkan nak beli baju raya untuk sebulan kot. Pakai jer baju raya tahun yang lepas2, bukan orang perasan pun. Aku tahun ni pun baju raya 2pasang jer, baju tahun lepas masih nampak baru lagi. Bolehlah dibuat ganti2, daripada tak dipakai langsung. Orang dah besar xpe baju raya sikit, kalau budak2 payah ckit ler. Paham2 jerlah budak2 kalau makan pape semua nak dilap kat baju, satu hari berapa helai salin. Kalau aku biar baju anak2 lebih xpe, aku jenis xkisah ckit. Sepasang pun jadi gak, raya pertama jer yang meriahnya.


Kat tempat suami aku kat meru kalau beraya keluar beraya pagi maghrib baru sampai umah, almaklum ler umah saudara mara dia ramai. Tapi seronok, pagi raya lepas bermaaf2an kitorang gerak ler pergi beraya umah abang mak mertua kau yang sulung. Mujurlah rumah masing2 tak jauh sangat, yang membuatkan lama tu bila dah berborak. Bila lama dah xjumpa, sekali jumpa banyaklah cerita yang dibuka..... aku cuma menjadi pendengar setia jer, masing2 speaking ( cakap jawa ). Bukan aku xpaham tapi xpandai nak balas balik, kang kalau aku cakap semua orang pengsan kot. Sikit2 boleh ler.... hehehe, nama jer mak bapak orang jawa tapi aku xteror sangat pun.

Jumaat, September 04, 2009

RESEPI SEMPENA BULAN RAMADHAN & HARI RAYA AIDILFITRI

Sumber2 resepi kuih raya ni pun aku dapat daripada internet, cuma sekadar nak berkongsi dengan kalian semua. TQ kepada yang terlibat dan selamat mencuba...

Biskut Jejari Continental
Bahan-bahannya :
200 gram mentega
60 gram gula pasir
1 sudu esen vanila
250 gram tepung gandum
50gram tepung jagung
40 gram topping coklat & coklat putih

Cara membuatnya :
1. pukul mentega dan gula hingga kembang dan masukkn esen vanila
2. masukkn tepung jagung dan tepung gandum dan gaul sebati
3. gunakan piping bag untuk membentuk biskut tadi
4. bakar dlm ketuhar pada suhu 180'c selama 15minit
5. setelah biskut sejuk, cairkn coklat menggunakn "double-bioler" dan hiaskn biskut dgn menggunakn piping bag dibentuk spt kon dgn lubang yg kecil
6. susunkn biskut diatas dulang dan tekankn coklat keatas biskut sambil menggoyang2kn tangan agar coklat tersebut jatuh dgn rata.


Biskut Gajus
Bahan-bahannya :
200 gram mentega
100 gram gula aising
1 biji telur
5 gram esen vanila
50 gram tepung jagung
100 gram tepung gandum

Cara membuatnya :
1. pukul mentega dan gula aising sehingga kembang
2. masukkn telur dan esen vanila
3. kemudian masukkn garam dan campurkn tepung gandum dan tepung jagung
4. uli bahan tersebut hingga sebati dan bentuk adunan tersebut spt gajus. letakkn biji gajus dihujung adunan td, sapukn telur keatas biskut
5. bakar dlm ketuhar pd suhu 180'c selama 15minit


Cucur keladi
Bahan-bahannya ;
500 gram keladi - dikukus empuk dan dipotong dadu
100 gram udang kertas - dikupas kulitnya
10gram ikan bilis - ditumbuk kasar
3 tangkai daun sup - dihiris halus
1 biji bawang besar - dimayang halus
1 biji lada merah - dihiris
1 sudu teh gula pasir
1 biji telur
garam secukup rasa
minyak masak

Cara membuatnya :
1. ayak tepung gandum n satukn dgn garam n gula
2. kemudian masukkn udang kertas, ikan bilis, daun sup, bawang besar, cili merah n telur sambil digaul rata
3. setelah itu masukkn pula air mengikut adunan yg sesuai. akhir sekali campurkn keladi
4. sudukan adunan kedlm kuali n goreng sehingga kuning keemasan


Lempeng pisang
Bahan-bahannya :
500 gram pisang berangan
300 gram tepung gandum
100 gram gula pasir
20 gram garam
1 biji telur
minyak masak

Cara membuatnya :
1. hancurkan pisang kemudiab masukkn tepung , gula pasir, garam, telur dan gaul sebati
2. tuang sedikit bancuhan diatas kuali panas yg telah dilengserkn dgn minyak

Khamis, September 03, 2009

RENUNGAN

Pejam celik pejam celik dah hampir 2minggu umat islam dimuka bumi ni... tapi saya tersentuh hati n sedih dengan sikap dan perangai sesetengah umat islam yang tanpa segan silu makan dikhalayak ramai... ya allah ya tuhanku apa dah terjadi didunia serba moden sekarang, bila diserbu oleh "Jabatan Agama Islam" macam2 alasan yang diorang bagi. Sekiranya betul2 xmahu @ xboleh puasa kenapa xmakan sahaja dirumah?? Itukn lebih selamat, mungkin ada yang berpura2 puasa didepan mak ayah, isteri n anak2. Tapi dibelakang, diorang syaitan yang terlepas. Bila anak2 tidak puasa dimarah, ditengking, diherdik n macam2 lagi.. Sepatutnya kaum lelaki dijadikan contoh kerana beliau ketua keluarga.... Ishhhhhhhhhhh, dunia akhir zaman.


Terdapat juga dah sudah berumur yang mungkin sudah bercucu n bercicit tapi melakukan perkara yang terkutuk ni... Bukankah bulan puasa ni " Dibukakan pintu syurga, ditutup pintu neraka & syaitan dibelenggu" , tetapi kenapa ada juga yang tidak berpuasa. Sebenarnya itu bukan hasutan syaitan tetapi hasutan nafsu yang tidak tahan dengan dugaan, Bulan Ramadhan hanya datang sekali dalam setahun. Sepatutnya kita bekejar2 mengerjakan ibadah bukannya bekejar2 menambahkan dosa.........

Selasa, September 01, 2009

Balik Kampung

Baru-baru ni aku balik kampung kt Pahang, umah mak aku. Aku gerak dari klang pas sembahyang zohor cz husband aku kijer 1/2day hari sabtu tu. Kalau dia xkerja ku nak lik pas sahur... Perjalanan lik kampung memang banyak dugaan, paham2 jerlah kalau lik kampung tghr dok tgh2 highway tu. Cuaca lak panas ms tu, rasa mcm xtahan gak ler.. tapi aku bukan dak kecik nak buka puasa, kalau diikutkan boleh... tapi malas ler lain ler kalau betul2 xboleh nak tanggung lagi. hehehe...



Tahun ni merupakan tahun pertama kau lik kampung masa puasa setelah aku berkahwin, tahun2 lepas aku xlik.. xberkesempatan bkn xnak lik, perjalanan aku lik kampung cuma 3jam jer. Sampai tol gombak kenderaan punyalah banyak mujurlah xjem, masa tu aku rasa macam sausana nak lik raya lak. Tu baru cuti sempena kemerdekaan yg ke52 tahun dah hampir2 jem, kalau lik raya aku rasa lagi teruk jemnye. Dalam kereta lak mata aku ni mcm xleh nak buka, punyelah mengantuk tambah2 lagi perut yang ms tu ngah berkeroncong lapar.. mulanye aku tahan2 gak biar xtertido cz kesian kt husband aku drive sorang2. lagi aku tahan lagi xboleh nak dibuka........ akhirnya selamat ler aku tido ngan nyenyaknye, tup2 aku terjaga cz rasa kereta mcm semcm jer. Rupanye husband aku pun mengantok gak, ms tu dh ler psg air-cond..



Aku terus terjaga n nak tido lik takut, yelah husband aku xde kawan nk berckp tu yg dia pun mengantok.. dah smpai petronas karak aku suruh husband aku berhenti jap rehat, dia pun tido sekejap tok hilang mengantok... Aku nak berganti ngan dia drive keta aku xtau drive, kang xpsl2 jer.. kononnye dulu nk amik lesen kereta tp sampai skrg xamik2 pun lagi, bila husband aku dah hilang mengntok kitorg truskn perjlnan.. kitorg lalu jln shortcut tapi jlnnye masyallh.. berpusing2 mcm ular kena palu, kepala aku pun dah naik berpusing n tekak dah mual2 mcm nak muntah. Jln yg terbaik tido jer, anak aku tido xengt pape dah. Tapi bila smpai separuh jln pusing2 tu dia bangun lak susu..



Nak berenti kat mana pun xtau, cz jlnnye sempit.. anak aku dh bising2, last husband aku berenti kt tepi jln nk masuk ladang kelapa sawit sape ntah. Takut gak berenti tgh2 hutan cmtu, aku wt susu cepat2 n trus jln. ms tu ade satu keta cina br kuar dr utan2 tu.. dulu kt situ ade org kena pau ngan india, tu yg wt aku kecut perut.



Bila dah smpai kt Simpang Pelangai kitorg berhnti kt bazar ramadhan, tp bazarnye xceria langsung n org yg berniaga pun xramai. xmcm kt klang, bnyk pilihan... aku mula2 malu gak nk turun cz masa nak turun tu org yg ade kt situ semuanye pandang. Aku beli pape yg patut n trus blah... Kitorg smpai umah mak aku dlm kol6, smpai umah jer abg aku yg baru kawin hr tu dah smpai.



Hr ahad tu kitorg buka puasa ramai2, akak aku yg dok kt Mentakab tu pun lik gak. Mak aku sukalh anak2nye smua lik. punyalah riuh rendah umah mak aku mcm suasana nak sambut raya, tu belum lik semua lagi kalau semua lik lagilah gawat umah mak aku. Hr isnin dlm kol11 kitorg dah gerak cz takut sangkut dlm jem, almaklumlah cuti lama msti ramai yg lik kampung. Balik cni kitorg konvoi 3buah keta, lalu ikut temerloh cz husband aku nak beli ikan patin. G pun leh elak dr lalu jln pusing2 yg memeningkn kepala otak aku, bila dah smpai highway jer msg2 ntah kemana. Aku xnmpk pun keta abg n akak aku kt blkg, mgkn diorg ade brhnti kt mana2 kot. Balik tu aku sggah Shah Alam kononya nak beli baju raya tapi ramainya manusia, smpai nak pilih pun pening kapla aku tgk ramai sgt org.sesak diwatnya, anak aku bising nak nasi. kitorg wat keputusan trus lik jer n sggh MC DONALD belikan anak aku bubur, kesian dia terpaksa tahan lapar gara2 puasa.



Pusing punye pusing smpai umah meru kol 6.30ptg... tp ok gak cz xdelh lama sgt nk tggu ms berbuka puasa, tapi disbbkan badan penat nk mkn pun mcm dah lalu... aku engt nak tido jer......... kol 9.30mlm aku dah tido, zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

hehehehehehe