Selasa, September 08, 2009

Sekadar Coretan

Tinggal dua minggu lagi untuk umat islam menyambut Aidilfitri dan berakhirlah bulan Ramadhan yang akan tinggal... bersyukur kehadrat ilahi kerana masih diberikan peluang dan dipanjangkan umur kita semua dalam menjalani ibadah puasa tahun ini, jangan dilupakan pada yang telah pergi menemui ilahi.. sedekahkan al-fatihah kepada mereka semua semoga dirahmati serta ditempatkan didalam golongan orang2 yang beriman...


Belum musim perayaan sudah ramai yang terkorban dalam kemalangan jalan raya, mungkin sudah tertulis dan ditetapkan oleh allah swt semua yang terjadi. Ada jugak yang terkorban dengan memain mercun, walaupun kerajaan telah melarang memain mercun tetapi tidak dihiraukan oleh semua orang. Bila dah terkena nak salahkan siapa?? Anak-anak zaman sekarang memang payah untuk ditegur dek kerana perubahan zaman yang semakin canggih. Bila ditegur dikatakan ibu bapanya mengongkong pulak, bila xditegur nanti macam nilah jadinya. Salah satu faktor terjadinya masalah ini adalah salah memilih kawan, ibu bapa yang siang malam bekerja sampai xtahu apa yang anak-anak mereka buat dirumah.


Bayangkan murid-murid sekolah rendah pun sudah berani untuk bermain mercun, kalau setakat bunga api tu xpelah. Tapi ada jugak bunga api yang merbahaya, mungkin stok lama dan dijual semula. Bila dibakar meletop macam mercun, kalau meletop pun bukan terus berhenti... engatkan takut rupa2nya lagi suka...... mmmmmmmmmmmmmmmmm


Saat inilah masing2 sibuk menyediakan persiapan untuk menyambut aidilfitri, tetapi kenapa bila menyambut ramadhan kita tidak buat persiapan yang meriah??? Shoping kompleks penuh sesak dengan jutaan manusia memilih pakaian untuk aidilfitri, termasuklah aku. Nak berbelanja boleh tapi jangan melebihi kemampuan kita, jangan lepas raya termenung jer ( duit dah habis ). Berbelanja biarlah sederhana, memang raya tu sebulan tapi xkan nak beli baju raya untuk sebulan kot. Pakai jer baju raya tahun yang lepas2, bukan orang perasan pun. Aku tahun ni pun baju raya 2pasang jer, baju tahun lepas masih nampak baru lagi. Bolehlah dibuat ganti2, daripada tak dipakai langsung. Orang dah besar xpe baju raya sikit, kalau budak2 payah ckit ler. Paham2 jerlah budak2 kalau makan pape semua nak dilap kat baju, satu hari berapa helai salin. Kalau aku biar baju anak2 lebih xpe, aku jenis xkisah ckit. Sepasang pun jadi gak, raya pertama jer yang meriahnya.


Kat tempat suami aku kat meru kalau beraya keluar beraya pagi maghrib baru sampai umah, almaklum ler umah saudara mara dia ramai. Tapi seronok, pagi raya lepas bermaaf2an kitorang gerak ler pergi beraya umah abang mak mertua kau yang sulung. Mujurlah rumah masing2 tak jauh sangat, yang membuatkan lama tu bila dah berborak. Bila lama dah xjumpa, sekali jumpa banyaklah cerita yang dibuka..... aku cuma menjadi pendengar setia jer, masing2 speaking ( cakap jawa ). Bukan aku xpaham tapi xpandai nak balas balik, kang kalau aku cakap semua orang pengsan kot. Sikit2 boleh ler.... hehehe, nama jer mak bapak orang jawa tapi aku xteror sangat pun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan