Khamis, September 10, 2009

Suka -suka

Tinggal minggu depan jer kita berpuasakan, sekejap jer. Rasanya baru jer masuk bulan ramadhan, pejam celik pejam celik dah nak berakhir ramadhan. Masing-masing dah mula buat persiapan nak sambut syawal yang bakal menjelma tak lama lagi..... aku sambut ala kadar jer, lagi pun budget tak cukup. Tahun ni tak dapat bonus tapi dapat saguhati atau paling senang nak cakap duit raya, tapi tak banyak cuma rm500 jer. Pape pun terima kasih kepada Kerajaan kerana menghargai warga kumpulan sokongan, boleh ler buat cover mana yang tak cukup tu.


Tahun ni aku tak buat kuih raya pun, ingat memang nak buat tapi dengan keadaan anak aku yang tak tau duduk senyap. Nak buat pun pikir 100kali, kang jadi tak seberapa penat jer. Aku beli jer sikit-sikit tok mertua aku n mak aku kat pahang... Insyallh.....
Lagi pun aku tak duduk umah sendiri lagi masih duduk dengan mertua, insyallah tahun depan aku beraya dekat umah sendiri kot. Lepas raya ni baru nak pikir pasal buat rumah, buat kecik-kecik jer janji leh duduk kitorang sekeluarga. Takkan aku nak duduk dengan mertua sampai beranak pinak kot, kalau masih sorang lagi tu kira ok gak. Kalau dah bertambah nanti payah jugak kalau masih duduk dengan mertua ( sendiri mau ingat ler ),.


Sabtu atau ahad ni aku sekeluarga dan mak mertua aku nak amik adik ipar aku yang baru bersalin hari tu kat umah mak mertua dia kat kuantan, mak mertua kau suruh lik awal sikit. kalau nak tunggu raya sekejap jer lak jumpanya nanti, lagi pun 3hb oktober dia ada interview masa dia dapat dalam pantang hari tu. Tulah dikatakan rezeki anak-anak, hehehe.........................
Aku dulu pun dah bersalin anak aku yang pertama baru dapat kijer yang aku jawat sekarang ni, alhamdulillah..... kan setiap anak-anak dah ditentukan rezekinya, setiap manusia yang lahir didunia ni semua dah ditentukan apa yang terjadi ke atasnya. Tetapi ada jugak yang tak pernah bersyukur rahmat yang allah swt telah kurniakan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan