Khamis, Oktober 15, 2009

Kenangan Semasa Raya

Dah lama aku tak masuk blog aku sendiri.... Biasalah sibuk, banyak kerja yang perlu aku urus dan selesaikan sendiri tanpa bantuan daripada sesiapa. Almaklumlah dekat tempat kerja aku pejabat hanya 2 orang jer, mulanya ada 3 orang tapi yang seorang lagi dah dapat naik pangkat n minta tukar sekolah. Akulah yang tanggung kerja dia semua, tapi dia ada gak tolong aku... dah ler aku xpernah buat benda tu


Berbalik kepada cerita asal.. Dah 3tahun berturut-turut aku beraya dekat rumah mertua aku dulu di Lot 5485 Jalan Dato Johar Kampung Bukit Kapar Klang, bukan apa kalau aku balik beraya dekat rumah mak aku dulu di Pahang. Belum puas jumpa adik beradik dah kena balik, bila kena balik secara terpaksa tulah yang muka jadi macam muka cuka. Masam jer.. semua xbetul n nak marah2 jer. Nasib mak aku paham keadaan aku, mak aku pun bagi idea yang sama gak. Beraya kat meru memang meriah... raya dah seminggu pun masih ramai lagi yang datang beraya macam raya pertama lak, cuma larat n xlarat jer nak beraya. Masa tahun pertama aku beraya dekat rumah mertua terkejut gak, kuar pagi sampai maghrib baru sampai rumah. Itu pun kadang2 ada gak rumah yang tertinggal xsempat nak pergi...


Kitorang biasalah pagi raya pertama tu, bila orang semua pergi sembahyang raya aku ngan adik ipar yang tinggal kat rumah bersiaplah untuk beraya. Tak kelam kabut sangat coz kuih raya kitorang dah siap2kan pada malam raya lagi, pagi raya leh ler rehat sikit. Kalau x gerenti kelam kabut punya... Bila semuanya dah siap n diorang yang pergi sembahyang raya pun dah balik... mulalah sesi bermaafan, masa tu adalah yang menangis tapi takdelah teruk sangat sampai nak meraung2. Mula2 mak mertua aku salam ngan bapak mertua aku n diikuti laki aku nak adik2nya... Pas diorang baru bagi peluang pada kakak n abang ipar diorang bersalaman, habis sesi bermaafan kitorang tangkap gambar kenangan sekeluarga. Memang tiap2 tahun macam tu, lagi pun adik beradik suami aku yang dah kawin baru 2 orang ( suami aku n adik bawah dia ) yang lain masih belajar lagi. Dah habis sesi bergambar dari dalam rumah sampai luar rumah kitorang pun bergerak beraya ke rumah saudara-mara, adik beradik suami aku bagus. Walaupun dah berkahwin tapi kalau beraya masih ikut orang tua diorang pergi rumah saudara mara, barulah leh kenal saudara.


Tahun ni anak aku dah besar, kalau tahun lepas masih didukung lagi n xpandai pape. Tapi tahun ni dah pandai mintak duit... buat malu aku jer ( makcik2 diorang ler yg ajar ). Kalau tahun lepas2 pagi raya ke2 aku dah lik Pahang, tapi tahun ni malam baru kitorang balik. Dapatlah kitorang ikut diorang pergi beraya rumah saudara mara yang belum pernah aku pergi... Cuaca pada tahun ni mendung jer, alhamdulillah xdelah panas sangat. Raya pertama kitorang pergi rumah adik beradik mak aku n lepas zohor pergi bali kampung kat Rantau Panjang ( Selangor jer )... Nasib ada gak kampung daripada yang langsung takde kampung tu, kitorang dah takde Atuk cuma yang tinggal nenek tiri jer. Mujurlah nenek tiri kitorang baik sangat, dia xbezakan sesiapa pun. Kalau dia xbaik dah tentu kitorang pun xnak balik rumah dia, balik kampung pun xbuat pape cuma melepak jer. Pergi beraya rumah Wak moin kat sebelah rumah, balik rumah nenek jer duduk borak2 ngan wak2 aku.


Anak aku lak jumpa basikal kecik, dia pun mulalah nak naik. Kalau tau kayuh xpe gak, ini tidak dia suruh aku tolak. Malaslah aku... aku suruh sepupu2 aku yang layan dia, sepupu2 aku bukannya dah besar. Semuanya masih bersekolah lagi, kalau dah masuk "U" xpe gak. Ni baru sekolah menengah n rendah. Masih kebudak2kan lagi.. Kalau dah duduk2 jer mata mulalah mengantok, habis nak buat macam mana. Tidur ajelah xkan nak ditahan2 lak, bila dah bangun tido lapar lak. Nasib masing2 ada bawak makanan dari rumah, dapatlah merasa serba sedikit juadah yang diorang masak. Rayakan makannya berulang2, bukan sekali makan boleh terus kenyang sampai malam. Lepas asar pun kitorang gerak balik kerumah.. masa masih awal n kitorang singgah rumah wak Min kat jalan paip. Alang kepalang satu jalan, kitorang duduk xlama sebelum maghrib dah sampai rumah. Masing2 mandi dan bersiap sedia untuk menyambut tetamu yang datang berkunjung rumah kitorang. Bukan sape pun saudara mara jer, kitorang malam memang xpergi beraya kemana2. Duduk rumah jer lagi pun malam waktunyakan singkat, mata pulak cepat mengantuk. kalau siang masa panjang sikit, dapatlah beraya ramai rumah. Siapa yang ada anak kecil tu kalau beraya malam pun mesti anaknya meragam mengantuk nak tidur... aku malam raya pertama tu duduk kat dapur jer masakkan diorang mee goreng. Sampai xtau sape yang datang beraya dekat atas, aku menantu yang sulung paham2 jerlah.


Pagi raya ke2 tu kitorang gerak dari rumah dalam kol 9.30pagi selepas sarapan, takkanlah nak beraya rumah orang xmakan dulu dari rumah. Kalau lapar takkan nak mintak kat diroang masakan lak kot, paling tidak pun makan kuih raya. Kenyang sekejap jer sekadar alas perut, tengah kitorang beraya dekat rumah wak kitorang. Masa tu dah nak turun balik, hujan selebat2nya aku mulalah kelam kabut teringatkan kain baju yang aku basuh banyak kat rumah tadi. Aku pun suruh suami aku balik angkat kain, biasalah kalau orang lelaki angkat kain macam mana. Ada yang terjatuh ler, aku malas nak bising2 kang lain kali dia xmau nak tolong lagi. Rupanya hujan sekali lalu jer, bila hujan dah berhenti terus jer panas. Tapi ok gak kain dah angkat daripada dibiarkan kena hujan, mesti baunya dah xsedap bila dah kering.


Dari sebuah rumah ke sebuah rumah... bila agak2 dah penat kitorang pun balik rumah, aku sampai jer rumah aku sidai balik kain yang diangkat tadi. Aku mandi2 n sembahyang, xlama tu ada orang datang beraya. Aku mulanya nak tido coz mata dah xlarat sangat... tapi xkan ler orang datang beraya aku nak tido terkangkang lak. Buatlah pape yang patut, aku masuk bilik kemas baju untuk dibawa balik Pahang. Tepat kol 8 aku dah gerak dari rumah mertua untuk amik anak buah aku 2orang kat meru n terus gerak lik Pahang, bayangkanlah bila perut dah lapar xmakan. Kononnya nak berenti makan alih2 kedai makan xbuka.. apa nak dikata perut punyalah lapar. Sampai jer rumah kitorang terus jer makan apa yang ada.... hehehe nasib ada leh ler buat alas perut sampai pagi, mata pun dah mengantuk dan zzzzzzzzzzzzzzzzzz.... sampai pagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan