Isnin, Oktober 19, 2009

Sekali Imbas

Hari Jumaat lepas semua ahli KEPTAN daerah Klang dapat jemputan jamuan hari raya di Dewan Putera High School Klang... Pukul 2.45ptg baru mula, lepas sembahyang jumaat husband aku pun jemput aku kat sekolah. Sampai jer kat High School aku tengok orang dah ramai, aku pun dah gelabah coz masa tu aku datang sorang jer kawan xde. Tapi aku dah janji dengan sepupu aku, mulanya aku ingat dia tak datang lagi. Aku pun kol dia, rupanya dia dah ada dekat dalam dewan tu. Aku dengan muka selambanya masuk, nasib pintu aku masuk tu yang sambut Kak putri ( PT tempat aku dulu ). Mata aku pun melilau mencari mana ler sepupu aku tu, ternampak ler orang lambai2 tangan dekat aku. Kalau x gerenti payah aku nak cari dalam ramai2 orang kat dalam dewan tu. Ingatkan masuk dewan boleh terus dapat makan, rupanya kena tunggu orang2 yang tersenarai untuk berikan ucapan. Mujurlah diorang xbagi ucapan panjang berjela, kalau tidak mesti perut nyanyi berkali2. Habis jer berucap mulalah seisi makan2... dia punya juadah xmenarik perhatian aku untuk makan banyak, aku cuma ambil nasi impit, kuah kacang n acar mentah. Nasi impit dia pun rasa lain macam, mungkin beras wangi semua kot. Makan ala kadar jer pastu terus balik, ingatkan dapat ler lik awal. Sekali tengok jam dah kol 4.30ptg rupanya, tapi sampai umah sebelum kol5 ler. Bukan apa hari tu mertua aku yang jaga anak aku, akak aku lik Pahang cz abang ipar aku cuti lama. Tak best ler kalau lik lambat... paham2 udah ler

Kebetulan balik sampai jer dekat rumah mertua n anak aku ada dekat depan, diorang balik nak ambik senduk cz umah wak aku buat kenduri menantu dia nak pergi haji 20hb ni. Aku antau barang masuk dalam bilik n aku terus pergi rumah wak aku, saje jer tunjukkan muka bukan buat kerja apa pun. Macam mana nak buat kerja, muiz suruh ikut dia main2. Duduk2 sekejap aku pun balik rumah, malamnya pukul8 aku datang balik. Tunggu orang dah habis kenduri aku terus balik rumah, nak makan macam tak berselera cz perut masih kenyang lagi. Balik rumah apa lagi aku terus tengok cerita NUR KASIH... mulanya aku xtengok gak cerita tu, tapi bila time puasa aku start tengok macam best lak. Tapi kadang2 mis gak...


Hari sabtu 17hb kenduri rumah wak aku lak ( abang mak mertua aku yg sulung ) buat kenduri cukur jambul, sekali 3org tu. Setahun 3orang dapat cucu.. seronok tu tambah ahli keluarga, aku pergi rumah wak aku pun dah kol9 pagi. Siapkan mana yg patut dulu dekat rumah baru leh pergi, takkan nak biar rumah tunggang langgang kot. Balik dah penat nnti lagi ler xjadi buat kerja, aku tolong sekejap jer cz kerja banyak yg dah disiapkan. Potong lembu seekor tu ( utk buat akikah ).... dalam kol11 lebih diorang suruh husband aku antau sepupu aku g buat report kat Balai Polis Klang, alang kepalang aku tumpang ler sekaki. Sampai jer Balai kitorang pun buat report pasal kes sepupu aku RIVES langgar kereta belakang, orang yg kena langgar tu xnak settle dekat luar. Payah sangat g ler buat report, senang cerita. Bayangkan orang tu mintak RM600 untuk beli bumper baru, banyak tu..... rugi2 kalau bagi dekat dia RM600, buat report baru kena berapa. Separuh daripada harga tu.. buat reportnya sekejap jer, tunggu inspt. polisnya yg lama sangat, kuar pergi makan berjam2... aku lak terlupa nak bawak pampers anak aku dan masa tu jugaklah anak aku buat pekasam.... nak xnak kenalah tunggu sampai settle baru leh nak cuci, aku mulanya nak bawak tapi leh aku letak balik beg yg ada peralatan anak aku tu.


Balik sampai rumah dah pukul 2.30ptg.. perut yg mulanya lapar dah jadi kenyang cz dah terlebih waktu makannya, balik makan pun kelam kabut cz husband aku dah ajak balik. Nak g rumah kawan aku buat open house, pergi rumah kawan aku yg duduk dekat Jln Nenas jer. Nak pergi ke Klang paham2 jerlah kalau dah petang, jemnya berjam2.. jalan lak dah on way semuanya, elok leh sampai berapa minit jadi 2-3jam. Mau angin 1 badan husband aku... aku ikutkan ajer ler, balik dari rumah kawan aku terus g rumah nenek gusband aku dekat rantau panjang klang ada buat makan2 adik beradik sikit... sampai sana ngam2 maghrib n terus sembahyang berjemaah, baca yassin.... kirim arwah sekali, lepas sembahyang baru ler kitorang makan. Antara menunya ialah :

1) Bakso
2) Nasi dagang
3) Nasi Impit
4) Satay
5) Popia
6) Makanan berasaskan Seafood ( bakar )
7) Lemang

Itu baru senarai sikit, kalau nak gtau semua takut tak muat lak pagenya...hehehe... Selamat membaca

Tiada ulasan:

Catat Ulasan