Selasa, Disember 08, 2009

Kenangan Kursus Induksi

Dah lama aku tak buka blog aku sendiri... almaklumlah sibuk, banyak kerja yang perlu disiapkan. Hujung2 tahun macam2 yang hendak dibuatnya, takkan kerja kita nak serahkan kat orang lain kot. Kalau diorang silap buat nanti siapa yang susah???? "aku jugak".... tapi takpelah berkorban demi mencapai kejayaan.... nanti boleh dapat gelaran "Anugerah Perkhidmatan Cemerlang" siapa xnak broooooooo..... lepas tu diraikan lak tu, betapa bangganya aku kalau mendapat gelaran tu... kikhkihkih ( gila kuasa ke )... 20/10/2009 hingga 30/10/2009 aku dapat pergi Kursus Induksi untuk kumpulan sokongan II kat Hotel Midah Kuala Lumpur. Aku mula2 xdapat bayangkan camner aku nak tinggal anak aku yang comel dalam masa tu.... dah ler tak pernah berenggang dengan aku, tup2 kena tinggal lak. Bukannya husband aku xleh diharap tapi takut malam2 dia menangis. Muiz kalau dah menangis punyalah payah nak dipujuk... kalau aku tolak pergi kursus tu belum tentu tahun depan akan dapat pergi... setelah berbincang dengan husband aku, aku pun bersetuju untuk pergi. Muiz macam boleh rasa jer yang dia nak kena tinggal, tiap2 malam mengamuk.. ada benda yang xkena, menangis ler... biasalah budak2 boleh tau kalau dia nak kena tinggal, lebih2 lagi dia rapat dengan aku. 20/12/2009 aku gerak dari rumah lepas zohor, senang nanti xdelah kelam kabut nak sembahyang lak sampai sana. Aku singgah umah akak aku kat batu 5 meru amik mak aku dan 2 0rang anak buah aku nak ikut sekali. Kebetulan mak aku datang dari pahang sebelum aku pergi kursus.. aku apa lagi ajaklah mak aku tengok2 bandar KL yang xseberapa tu... Sampai dekat Hotel Midah dalam pukul 2lebih, aku sampai tu adalah gak budak2 yang sama dengan aku kursus sekali.. aku kol kawan aku dari SJKT Batu Caves ingat dia dah sampai rupa2nya belum lagi. Aku g kat reception tanya pasal yang kursus induksi n dia bagi aku kunci bilik, nasiblah aku memang dah ada partner kalau tak mesti aku xtau dengan siapa aku dok dalam satu bilik tu. Aku dapat bilik 1202... aku ingatkan hotelnya best sangat rupa2nya macam apa ntah, hotel budget ler katakan. Dah ler black area, takut gak aku dibuatnya... Dah sampai bilik aku lepak2 n family aku, tak pas2 kawan aku pun sampai. Masa tu anak aku tidur, terlampau penat dari bangun pagi kol7 sampai pergi hantar aku dia tak tido. Dah nak sampai hotel baru dia nak tido... kalau dah ramai2 dalam bilik tu riuh ler, anak aku pun terjaga. Nasib tak nangis, dalam kol 4.30ptg husband aku gerak balik meru. Aku hantar diorang sampai dekat lobby jer, mulanya anak aku xperasan yang aku tak ikut balik. Bila dah sampai PJ baru dia perasan yang IBU dia xde, apa lagi menangislah dia sebut ibu2... lepas dipujuk2 barulah senyap...


Petang dalam kol5 kitorang turun untuk minum petang n kuar g cari kedai runcit... punyalah payah nak dapat kedai runcit cz kawasan tu banyak bangunan ntah pape.. adalah jumpa kedai serbaneka dalam bangunan KWSG tu.. ada gak ler barang2 yang boleh kitorang beli, tu pun kitorang tanya akak yang lalu lalang dekat situ. Dah dapat apa yang kitorang nak beli, aku naik bilik semula cz kol8 nanti ada taklimat sikit dari urusetia... masa mula2 masuk xkenal siapa2 lagi, belum sempat berkenalan lagi. Malam pertama tu ada sikit motivasi untuk kenal2 kawan baru yang datang dari mana2 ntah... diorang suruh kenalkan nama sorang, masa tu masing2 dah gelabah cz kena ingat nama 2kawan dari kanan n 3 dari kiri. Bayangkan nak ingat nama kawan2 baru yang baru berapa minit kenal... mampus.. masa tu aku gelak2 jer kononnya untuk hilangkan gementar didada.. kaki tangan dah seram sejuk. Tapi semuanya berjalan lancar... keesokkannya dah start aku kelas dari pagi sampai malam.. kadang xsempat nak berehat, makan pun terkejar2. Makin hari makin ramai dapat kawan baru, bila dah dapat nama dalam kumpulan ler makin ramai kawan2 baru yang aku kenal. Dalam kumpulan aku boleh dikatakan semua dari sekolah kat pahang... aku n nizam jer dari sekolah kat selangor, kitorang bagi nama kumpulan kitorang "TERUMBU KARANG".... semua sekali ada 9kumpulan kalau xsilap aku... aku ingatkan dapat ler satu kumpulan dengan izan n zila, tapi aku dah tersalah tengok nama. Memang nama kau dah ada dalam kumpulan diorang tapi camnerlah aku boleh tak dapat cari masa tu... kalau tak mesti gamat punya kumpulan tu dengan ada kawan yang kuat gelaknya...hehehehehe


Setiap kumpulan dapat 2 tajuk untuk diselesaikan... satu tajuk ayat mesti dalam 3000pth perkataan... bayangkan... masa tu kepala aku dah blank, nak buat pengucapan awam lagi. Berucap depan kawan2 yang baru kenal xsampai sebulan, masa tu memang tertekan sangat.. kepala berat jer, aku plak dapat tajuk "Kelebihan n kekurangan perubatan tradisional" dari mana kitorang nak dapatkan bahan2 tu?? Dah ler xtau area situ mana yang ada CC, kitorang tawakal jer... jumpa hamba allah tu kitorang tanya dia mana ada CC, walaupun dia bagi tau tapi kitorang macam bler jer cz nak bayangkan tmpt yg dicakapkan tu. Berkat usaha n kesabaran kitorang akhirnya jumpa gak tempat tu... Mulalah seisi cari bahan masing2 untuk pengucapan awam, dah dapat bahan nak kena print lak... xkan nak salin satu2 dalam buku kot, bengkok cari. Tapi xpelah biar berhabis duit asalkan dapat bahan... Tapi betul ler abang zaki cakap kalau dah lepas PA tu mestilah dah lega, boleh nak gelakkan orang. Bila dah tiba time aku, lagilah berdebar semacam. Bila dah sampai giliran aku, dengan confidentnya aku keluar dari tempat duduk aku. Sampai depan lagilah berdebar2, aku xpandang pun diorang aku baca jer apa yang kat dalam kertas tu. Tapi masa aku sebut nama penceramah tu aku dah tersilap, ada ke patut lelaki aku bintikannya... semua dah gelak, aku pun tumpang sekali ler. Bila dah habis jer PA tu terus ringan kepala otak aku, dah xde bebanan dalam kepala cuma pikirkan pasal kerja berkumpulan tu jer. Kerja tu kena hantar hari khamis sebelum kitorang menduduki peperiksaan akhir... khamis malam jumaat kitorang adakan sembahyang jemaah n bacaan yassin, pas isyak mulalah malam kebudayaan disamping malam penutupan kursus induksi. Kumpulan aku bergabung dengan kumpulan laila untuk buat persembahan, kitorang nyanyikan 2buah lagu. Pertama lagu "WARISAN-SUDIRMAN" n ke2 "GEMURUH-FAIZAL TAHIR", janji buat persembahan masa tu tak kiralah suara sedap ke x.


Hari jumaat lepas habis jer jawab soalan periksa... mulalah saat genting iaitu saat perpisahan antara sahabat, walaupun baru 2minggu kitorang berkenalan tapi macam dah lama. Terasa sedih dalam hati untuk berpisah dengan diorang semua, mulanya aku tahan gak biar air mata xjatuh dlm erti kata lain xmenangis... tapi akhirnya aku kalah cz aku ni seorang yang mudah tersentuh... kenangan semasa pergi induksi tu takkan aku lupakan, sekarang pun kitorang masih berhubung lagi. Semoga semua kawan2 aku masa induksi hari tu lulus dengan jayanya peperiksaan biar semua cepat sah dalam jawatan... insyaallahhhhhhhhhhhhh....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan