Khamis, Ogos 27, 2009

Fadhilat Puasa Ramadhan

Terdapat 40 Fadhilat Puasa Ramadhan, diantaranya adalah :

  1. Menbentuk manusia bertakwa kepada Allah swt
  2. Dpat mengukuhkan islam
  3. Turunnya Al-Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia
  4. Menghapukan segala dosa yang lalu
  5. Dibukakn pintu syurga, ditutup pintu neraka & syaitan dibelenggu
  6. Dijauhkan allah drp neraka selama 70 tahun
  7. Mendapat dyafaat Al-Quran
  8. Perisai dari perbuatan keji dan mungkar
  9. Dapat mengendalikan nafsu Syahwat
  10. Membina kesihatan rohani dan jasmani
  11. Melatih manusia hidup hemat dan sederhana
  12. Mendorong manusia bertadarus Al-Quran
  13. Dapat masuk syurga melalui pintu Ar-Rayyan
  14. Menjadi perisai daripada api neraka
  15. Dicintai oleh Allah swt
  16. Memperoleh 2 kegembiraan yang besar
  17. memperolehi 5 kelebihan yang besar
  18. Diselawatkan oleh Allah dan Malaikat
  19. Puasa suatu amalan dapat masuk syurga
  20. Memperoleh banyak keberkatan
  21. Dapat membentuk akhlak mulia dan menutup dosa yang lalu
  22. Melatih manusia berdisiplin dalam urusan makan & minum
  23. Melatih manusia sabar & tabah menghadapi dugaan hidup
  24. Bau mulut disisi Allah swt lebih harum drp kasturi
  25. Memperoleh 700 pahala amalan kebajikan
  26. Dapat melatih keluarga melakukan amal soleh
  27. Amalan yang paling baik bagi manusia
  28. Terbuka pintu kebajukan yang diredhai Allah swt
  29. Ibadah istimewa yang tiada tandingannya
  30. Memperoleh penghormatan para malaikat krn menyediakn mkan org yg berpuasa
  31. Mendorong umat islam mendirikn solat sunat tarawih
  32. Dapat menambah keimanan kepada Allah swt
  33. Menambah kecintan kepada Allah swt
  34. Membuka jalan manusia untuk bertaubat kepada Allah
  35. Doa dimakbulkan Allah swt
  36. Membangunkan keluarga melaksanakan ibadah
  37. Mengawal mulut, mata, telinga dan hati daripada perkara sia-sia
  38. Melatih umat islam meninggalkan urusan duniawi melalui i'tikaf
  39. Adanya malam lailatul qadar
  40. Zakat fitrah membersihkan dosa orang yang berpuasa

Puasa merupakan suatu ibadah amaliah dan badaniah yang mempunyai banyak keistimewaan dan pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan umat islam sejagat. Hikmah puasa pada hakikatnya dapat membentuk mukmin yang mencapai taraf ketakwaan yang sebenarnya kepada Allah swt. Firman Allah swt dlm surah Al-baqarah ayat 183

" Hai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"

Puasa yang berjaya meningkatkan takwa seseorang akan menumbuhkan ketahanan yang positif sama ada dari rohani atau jasmani. Malah puasa dapat menguji kemampuan diri dan jiwa kita bagi menghadapi pelbagai kesulitan atau cabaran hidup manusia. Renung-renungkan dan selamat beramal....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan